Sebagai manusia, kita cukup suka mendengar lagu. Fitrah manusia le katakan. Cuma berapa ramaikah dari kita yang menyedari bahawa lagu ni kadang - kadang boleh menaikkan semangat dan memberi kekuatan kepada kita. Sebagai contohnya, lagu Falsafah Cinta nyanyian M.Nasir dan Yusnizar Hussein. Ada bait dalam lagu itu yang boleh dijadikan renungan terutama apabila kita dilanda masalah.
"semangat terbakar hangus : hidup mesti terus"
Bagaimanapun jangan lupa ada gak lagu yang boleh menakutkan kita sampai ada sesetengah lagu tu sampai dilarang penyiarannya di dalam radio. Contohnya - lagu "Selimut Putih" nyanyian El Soraya, satu kumpulan nasyid terkenal dari Indonesia.
Apa2 pun marilah kita ambil yang positif dari lagu2 yang kita dengar kerana hidup ni masih punya pilihan.
Kala sunyi itu membelit hatimu ; kala pilu itu mengetuk dadamu ; ingatlah...... hidup ini walaupun tidak selalunya indah tetapi tetap menjanjikan ketenangan dan kemenangan untuk mereka yang mahu dan tahu.
Sunday, March 22, 2009
Friday, March 13, 2009
Berfikirlah
kadang - kadang dalam hidup ini, banyak kali sesuatu perkara itu terjadi tanpa kita sedari. acapkali jugak le tak sempat nak berfikir, terutama masa marah. jadi, rasa2nya kata hikmat ni sesuai kut untuk kita renungkan bersama.
perbuatan berfikir membawa tuah,
perkataan berfikir berperibadi bermaruah,
perancangan berfikir hidupnya mewah,
bijaksana berfikir martabat bertambah,
tajam berfikir selesai masalah,
tanpa berfikir menyesal tak sudah,
berfikirlah dengan munasabah.
kata2 ni saya dapat dari satu penerbitan. dah tak ingat apa dia. dah lama sangat disimpan. tup2 tahun ni dapat idea nak kongsi macam2 perkara dengan sesiapa yang sudi, jadi inilah dia.

Tuesday, March 10, 2009
Pertemuan Pertama
Assalamualaikum...
tepak sireh pinang berseri;
diguna orang pembuka kata:
terima kasih singgah di sini;
semoga tersemai ukhwah di jiwa.
pujangga bukan, penyair bukan;
anak dagang menumpang lalu:
sudi - sudilah renung renungkan;
madah ditulis penyejuk kalbu.
Dalam kemelut bahasa jiwa bangsa, siapalah kita kalau bahasa yang indah ini tidak didaulatkan. Namun begitu, berdaulatnya bahasa bukanlah catatan bisu di atas kertas putih yang kita namakan undang - undang tetapi ianya haruslah lahir dari jiwa. Menjiwainya dan mencintainya.
Aduh.... rasa macam sasterawan negara la pulak. Bukan le sasterawan tetapi cuma pencinta bahasa sendiri yang indah mengusik jiwa walaupun tiap - tiap hari asyik mengajar bahasa orang. Ilmu ni kan luas. Tak ada salahnya mengajar bahasa kedua atau ketiga hatta lebih dari itu, janji bahasa sendiri -- kekal di jiwa.
Rasa2nya dalam pertemuan pertama ni, cukuplah ni je. Lain kali kita boleh sambung lagi. Banyak madah indah dan kata2 motivasi yang nak dikongsi.Insya Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)