Sunday, March 22, 2009

Lagu dan Jiwa

Sebagai manusia, kita cukup suka mendengar lagu. Fitrah manusia le katakan. Cuma berapa ramaikah dari kita yang menyedari bahawa lagu ni kadang - kadang boleh menaikkan semangat dan memberi kekuatan kepada kita. Sebagai contohnya, lagu Falsafah Cinta nyanyian M.Nasir dan Yusnizar Hussein. Ada bait dalam lagu itu yang boleh dijadikan renungan terutama apabila kita dilanda masalah.
"semangat terbakar hangus : hidup mesti terus"
Bagaimanapun jangan lupa ada gak lagu yang boleh menakutkan kita sampai ada sesetengah lagu tu sampai dilarang penyiarannya di dalam radio. Contohnya - lagu "Selimut Putih" nyanyian El Soraya, satu kumpulan nasyid terkenal dari Indonesia.
Apa2 pun marilah kita ambil yang positif dari lagu2 yang kita dengar kerana hidup ni masih punya pilihan.

No comments:

Post a Comment