Kala sunyi itu membelit hatimu ; kala pilu itu mengetuk dadamu ; ingatlah...... hidup ini walaupun tidak selalunya indah tetapi tetap menjanjikan ketenangan dan kemenangan untuk mereka yang mahu dan tahu.
Thursday, April 29, 2010
BUATMU...............
BUATMU:-
YANG BERGELAR IBU;
YANG BAKAL BERGELAR IBU;
YANG JIKA DIPANJANGKAN UMUR, AKAN MENJADI IBU;
SEMOGA..............
SETIAP LANGKAH KITA LANGKAH BERHIKMAH;
MEMBINA GENERASI BERMARUAH BERTULANGKAN PERINTAH ALLAH;
MEMBINA PERADABAN BANGSA BERSENDIKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W;
MENCANAI MINDA DAN AKAL BUDI BERBEKAL BUDAYA BANGSA;
KERANA ..........
mahu atau tidak, kitalah segalanya.
Lembut dalam memegang amanah;
Sopan dalam tutur kata;
Halus hati mengasuh generasi;
Sabar mendidik tunas bangsa;
Namun....
jangan disalah-sangka,
lembutnya, sopannya, halus hatinya dan sabarnya itu....
bukan bermakna lemah jiwa dan semangatnya
kerana
lembutnya, sopannya, halusnya dan sabarnya itu
seumpama air yang mengalir di setiap ceruk dunia;
mampu mengubah apa saja.
SELAMAT HARI IBU, EMAK.
BIAR TAK TERUCAP NAMUN ENGKAULAH RATU HATIKU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment